Kacang Goreng Pedas guna 4 bahan sahaja. Kudapan raya yang laku keras!

Kacang goreng pedas 4 bahan je. Boleh buat untuk kudapan raya nanti. Yang penting lebih mesra poket. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Azie Surip. Selamat mencuba.

Bahan-bahannya:

  • 300g kacang tanah.
  • 1 biji telur gred A.
  • 1 cawan tepung bestari pedas (anggaran je, kalau kurang tambah la lagi sikit).
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Pecahkan telur, gaul dengan kacang sampai rata.
  2. Masukkan tepung sikit-sikit sambil gaul kacang sampai semuanya bersalut elok & kering. (tepung mesti melekat kering pada kacang).
  3. Panaskan minyak, goreng kacang sampai masak. Sambil goreng tu pisahkan kacang jangan bagi dia melekat.
  4. Sejukkan kacang sebelum simpan dalam balang.
Baca juga :  Nak menu kunyah-kunyah sedap? Jom cuba Kacang Pedas Ikan Bilis Rangup ni.

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.