Jom buat Nasi Ayam Claypot dengan hanya guna periuk nasi sahaja! Semudah ABC.

Claypot chicken rice zaman dulu femes. Tatau la sekarang on lagi ke tak. Petang tadi basuh beras, gaul ayam tekan rice cooker je. Teringat nostalgia makan dengan kawan-kawan masa sekolah asrama. Beli seperiuk kongsi tiup-tiup pasal panas. Jom cuba cara yang telah dikongsikan oleh Joanna Johan ni. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 cup beras.
  • Ayam potong kecil-kecil secukupnya.
  • Cendawan kering direndam & potong*.
  • Bawang putih cincang*.
  • Halia hiris*.
  • Kicap pekat*.
  • Sos tiram*.
  • Minyak bijan 2-3 titik*.
  • Garam jika perlu.
  • Daun bawang.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Beras dibasuh & tos.
  2. Ayam diperap dengan semua bertanda * selama sejam.
  3. Jerang nasi dalam rice cooker, air kurangkan sikit sebab nanti nak masuk ayam ada kuah kicap, takut nasik nanti lembik.
  4. Bila air nasi mula nak sejat, (ada berair lagi sikit) tuang ayam dengan kuah kicap atas nasi tu. Pastikan garam berasa. Letak garam lebih sikit supaya nasi nanti tak tawar. Jangan tunggu air nasi kering sangat, nanti takde wap panas ayam tak masak.
  5. Tutup periuk tunggu butang off.
  6. Tabur daun bawang, siap.
Baca juga :  Cara untuk membuat Popia Goreng Sira yang garing dan tahan lama tanpa lemau!

Extra : Goreng ikan masin kurau, tumbuk halus kemudian tabur sikit sebelum makan untuk lebih sedap. Ikan masin jenis lain saya tak tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.