Harini pagi-pagi lagi bangun buatkan kek untuk bagi kat kawan sempena hari jadinyanya. Kawan saya ni dia memang suka sangat kek versi lama berbanding moden ni. Harap dia suka la nanti. Jom cuba resepi oleh Ida Zaida ini. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 3 biji telur gred B.
- 1 cawan gula kastor.
- 2 cawan tepung gandum.
- 1/2 cawan minyak jagung.
- 1/2 cawan susu pekat.
- 1 sudu besar ovalett.
- 2 sudu besar susu tepung.
- 1 sudu kecil baking powder.
- 1 sudu kecil esen vanilla.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Mixed telur, gula, esen vanilla dan ovalett sampai betul-betul kembang dan gebu putih.
- Masukkan tepung yang dah diayak dengan baking powder dan susu tepung. Mixed sampai sebati.
- Masukkan susu pekat dan minyak jagung. Mixed semua sehingga sebati adunan.
- Panaskan oven dulu. Loyang sapu butter sikit. Saya guna loyang saiz 8.
- Bakar pada suhu 165 darjah selama 40 – 45 minit atau sehingga masak. Kena pandai main suhu kalau nak warna kek cantik.
Selamat mencuba.