Susah nak jumpa orang jual goreng pisang keraknya halus. Goreng tengahari makan petang pun masih lagi rangup kerak dan serdaknya. Biasa kalau goreng pisang di Negeri Kelantan macam ni la rupanya. Goreng pisang orang zaman dulu-dulu.
Kali ni saya goreng Ubi. Resepi ni dari mak saya. Saya sertakan resepi untuk anda dapatkan serdak yang halus dan rangup. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nur Syarida Razlan. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Tepung Gorengan:
- Tepung beras 1 pek. Saya guna cap Teratai.
- 1 Biji Telur Itik. Kalau tak ada boleh guna telur ayam.
- Pewarna kuning telur.
- 1 sudu kecil kapur.
- Air secukupnya. Jangan terlalu pekat nanti serdak besar & bertongkol. Kalau kurang air nanti cair sangat tak melekat dengan gorengan kita pula. Kena agak-agak.
Cara-cara membautnya mudah sahaja:
- Gaulkan semua bahan-bahan di atas bagi rata dan sebati.
- Kemudian letakkan sedikit garam & gula mengikut selera masing-masing.
- Waktu nak menggoreng, pastikan api kena kuat tau tapi janganlah sampai hangit. Kena pandai adjust api sebab kalau api slow tepung tak melekat pada pisang / ubi.
- Alhir sekali, tapis adunan sebelum gunakan atau sebelum kita salutkan pada ubi / pisang sebelum digoreng.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.