Cara untuk membuat Telur Masin sendiri di rumah. Hidangan anda pasti lebih meriah!

Telur masin ni dijeruk sendiri je. Dah lama tak beli yang siap jeruk. Alhamdullilah cantik kejadiannya. Air garam tu dimasak hingga betul betul mendidih (orang kelantan panggil hingga naik bunga garam). Jadi, Selamat mencuba ya.

Bahan yang diperlukan untuk membuat telur masin sendiri di rumah adalah seperti berikut:

  • Telur Itik 50 biji. (Ikut la berapa biji yang anda perlukan untuk buat). Pastikan ianya telah dicuci bersih dan dikeringkan.
  • Garam kasar 500 gram.
  • Air 1.5 liter.
  • 2 helai daun pandan.
  • Botol berpenutup.

Cara untuk membuatnya:

  1. Masak air, garam dan daun pandan hingga betul-betul mendidih dan sejukkan. Pastikan telah betul-betul sejuk ya.
  2. Masukkan telur itik ke dalam botol dan tuangkan air garam yang telah dimasak tadi. Telur akan terapung bila dalam air garam. Jadi anda perlu meletakkan kain, tisu atau bubble wrap di atas (kalau boleh bahan plastik ye). Untuk memastikan telur tenggelam.
  3. Tutup botol kemas-kemas dan jerukkan / peram lebih kurang 2 minggu (14 hingga 15hari). Simpan botol di tempat gelap. Kalau tutup dengan kain pun ok. Dengan ini dapat memastikan kuning telur itu kelihatan cantik.
  4. Setelah 2 minggu boleh cuba untuk rebus sebiji dahulu. Kalau belum cukup masin boleh tambah jeruk / peramkan 3 hingga 4 hari lagi.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kudapan padu Spicy Salted Egg Cornflakes. Sedar-sedar tinggal bekas je!

Info tambahan:

Kalau ada yang nak jual, lepas tempoh peraman tu masuk dalam bekas kecil. Kena letak air garam juga ye. Tapi sukatan lain saya buat. 100 gram garam dan air 2 liter. Sebab takut jadi terlalu masin. Maknanya kena buat air baru. Air garam peraman tadi tu ,boleh guna untuk next telur. 2 kali guna dah cukup.

Cara ini telah dikongsikan oleh Puan Raja Amanina dan Puan Liena Amiera Shaharin melalui Facebook Masak Apa Hari Ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.