Khas buat peminat Sambal sahaja. MakNana guna Resepi Mak, sebelum ni pernah share Sambal Tumis Cili Api Mak Limah. Kali ni olah sikit letak belimbing buluh. MakNana masak lebih sikit boleh simpan buat stock. Nanti nak makan perangat je tambah bilis ke, tempe, pecah telur, buat cicah dengan jemput-jemput pon layan ni uolss. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Liyana Hasan. Terima kasih dan selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 biji Bawang besar hiris.
- 1/2 inci Belacan.
- 1 genggam Cili Api (nak pedas lagi extrakan la).
- Air asam jawa (gantikan belimbing).
- Ikan Bilis (MakNana letak tempe).
- Garam gula secukup rasa.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Tumbuk/blend cili api bersama belacan sampai lumat. MakNana buat tak berapa lumat. Ikut selera anda ye.
- Dalam kuali tuang minyak sikit & tumiskan bawang. Bila bawang dah hampir layu masukkan bahan tumbuk tadi.
- Goreng/tumis la sampai agak garing, kemudian masukkan air kalau kering sangat & buah belimbing. Ikut korang la nak kering ke nak sambal basah-basah ke kan. Tips: Mak kata nak buat sambal cili api ni lebihkan air asam & gula jangan banyak sangat nanti tak menyengat, tak sedap. Ha gitu.
- Letak garam gula & bila dah terbit minyak. Masukkan tempe yang dah digoreng, gaul-gaul sebati siap!
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera ya. Makan dengan nasi panas-panas, layan dengan telur dadar pon bikin bertambah ni.