Musim hujan bunga kantan banyak. Jom kita buat sambal ni. Makan dengan nasi panas-panas memang sedap dan terbaik. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Ann Jelani. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 12 batang bunga kantan.
- 10 biji bawang besar.
- 1 mangkuk kecil cili padi, Kalau suka pedas guna cili kampung.
- 1 mangkuk kecil ikan bilis.
- Garam, gula dan perasa ajinomoto secukupnya.
- 1 1/2 cawan minyak masak.
Cara-caranya mudah sahaja:
- Mesin dan kisarkan semua bahan diatas kecuali minyak. Kalau suka tekstur kasar, mesin la bagi kasar dan jangan halus sangat.
- Kemudian, panaskan minyak masak dan masukkan semua bahan.
- Masak sehingga pekat dan kering. Seimbangkan rasanya dan sambung masak terpulang pada citarasa masing sama ada nak lembak atau nak kering terus.
- Bila dah siap boleh tutup api dan simpan didalam bekas.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.