Tak ada sambal belacan memang makan nasi cam hambar. Ada sambal belacan makan dengan ikan goreng pun dah cukup. Jom kita cuba resepi oleh Mariana Zainal yang padu dan terbaik ini. Selamat menjamu selera.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 25 biji cili padi.
- 1 biji cili merah.
- 1/2 sudu teh gula. Jangan banyak sebab taknak manis sangat.
- Sedikit bahan perasa. Saya guna ajinomoto.
- Sebesar ibu jari untuk belacan.
Tumbuk semua bahan diatas ni guna lesung batu. Kalau nak blend pun boleh jer. Cuma kalau nak sedap baik tumbuk.
- 1/4 cawan air asam jawa pekat.
- 1/2 biji limau nipis diambil jusnya sahaja.
- 2 sudu besar air.
Cara-caranya:
Satukan bahan tumbuk dengan air asam jawa, perahan limau dan air. Kacau sebati dan siap untuk dimakan bersama makanan kegemaran anda.
SILAKAN SHARE dan selamat mencuba.