Cara untuk membuat Nasi Goreng Naget Ayam Tempura. Kesedapan yang tidak terhingga untuk anda sekeluarga.

Buntu dah nak masak ape time sarapan dan makan malam? korang boleh try test nasi goreng simple sedap nih. Anak-anak pun gerenti suka sebab ada naget ayam! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Fairuz Abu Hassan. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Naget ayam tempura (Fairuz suka yang ramly punya).
  • Bawang putih 4 ulas.
  • Bawang besar sebiji.
  • Cabai merah setangkai.
  • Tomato sebiji.
  • Nasi putih.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. First sekali kite goreng naget tu dulu. Lepas goreng potong naget menjadi kecil.
  2. Tumbuk bawang putih dan cabai merah hingga lumat. Kemudian, Potong bulat bawang besar dan tomato dipotong dadu.
  3. Tumis dulu bawang putih dan cabai merah yang ditumbuk tadi sampai garing. Korang tumis guna minyak goreng naget tadi tau, bagi rasa lagi sedap.
  4. Masukkan bawang besar, goreng sampai layu. Selepas tu, masukkan tomato dan masak sampai hancur. Perasakan dengan garam ataupun sebarang perasa masakan kesukaan korang.
  5. Kemudian, masukkan naget dan gaul sebati. Akhir sekali masukkan nasi dan gaul rata kesemuanya. Masak sekejap dan tutup api. Siap untuk dimakan.
Baca juga :  Resepi Nasi Minyak Sunquick yang wangi dan tersangat sedap. Cubalah!

Anak fairuz request masak lagi macam ni. Masak salu pun takpe katanya. Kena dengan selera dia la tu. Jemput ler SHARE untuk simpanan korang. Boleh buat hujung minggu nanti.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.