Bila tekak gatal nak makan benda masam-masam manis gigih la kerana seketul perut. Hari ini kakchik nak share resepi Sotong Menangis. Sambil makan sambil menangis sebab sedap sangat.
Nak ke kedai masakan Thai siang hari mana ada buka. Takpe, kita buat sampai jadi. Lepas ni boleh tidur kejap. Buat power nap, supaya mak-mak kekal bertenaga. Kira kita cas powerbank kitalah. Power nap sebelum Zuhur. Kalau lajak Asar tu bukan power nap itu tidur mati. Jom kita start. Resepi ini telah dikongsikan oleh Umi Watie. Terima kasih.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Sotong secukupnya.
- 1 biji Bawang merah.
- 3 ulas Bawang putih.
- Sos cili thai secukupnya.
- 7 – 8 tangkai Cili api.
- Gula perang dan garam secukupnya.
- Daun ketumbar.
- Air limau secukupnya.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Sotong dibasuh bersih. Janggut dia kita masukkan balik dalam perut dia. Pastu kelar-kelarkan badannya.
- Kemudian, Bubuh garam kunyit dan lumur bagi sekata keatas sotong tadi.
- Kemudian, masak sotong dalam kuali anti lekat saja. Biarkan sampai sotong masak. Bila dah masak angkat dan kita buat sos dia pulak.
- Bahan untuk sos sedap saya guna daun ketumbar jawa. Kalau takde boleh je guna daun ketumbar biasa tu. Rasa dan aroma sama saja. Masukkan semua bahan dalam chopper dan kisarkan.
- Kemudian, masukkan sos cili thai dan gula perang, bubuh garam sikit ya. Masukkan air limau. Agak agak la nak bubuh berapa. Ikut selera. Rasa sambil ejas sendiri ya. Sesuaikan rasanya lepas tu.
- Dah boleh dicicahkan sos kita ni bersama sotong yang dah masak tadi. Rasa dia memang padu la. Jangan tak percaya tau. So, jangan lupa cuba ya.
Terima kasih dan selamat berpuasa.