Siapa suka kuih lapis? Save dulu boleh buat hari minggu ni ataupun petang nanti. Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Aezween. Terima kasih.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 2 cawan tepung beras.
- 1/2 cawan tepung gandum.
- 1/2 cawan tepung jagung.
- 1 cawan santan kotak kecil.
- 3 cawan air masak.
- 1 cawan gula.
- 1 sudu teh garam.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Kisarkan kesemua bahan dan bahagikan kepada 2 bahagian.
- 1 letak pewarna merah dan 1 lagi biarkan putih sahaja. Kukus selapis-selapis selama 7 minit. Lapisan terakhir kukuskan selama 20 minit pula.
- Pastikan oles bekas dengan minyak sebelum kukus untuk mudah keluarkan kuih lapis nanti. Oles pisau dengan minyak pula untuk mudah potong kuih nanti.
Selamat mencuba.