Cara untuk membuat Kuih Bingka / Bengkang Pandan Bakar. Lembut didalam setiap suapan! Feveret sokmo-sokmo. Cer like sape suka kuih ni. Jom kita cuba buat sendiri kuih ni hasil daripada resepi yang dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa. Terima kasih.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 2 cawan tepung gandum.
- 1 cawan gula.
- 3 biji telur.
- 1 cawan air pandan (blender 4 helai daun pandan bersama secawan air).
- 2 cawan santan (1 cawan santan kotak+1 cawan air).
- Pewarna hijau.
- Pes @ esen pandan.
- Bijan secukupnya.
- 1/2 sudu kecik garam.
- 2 sudu besar butter.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali bijan ke dalam blender dan blend sebati hingga halus.
- Masukkan ke dalam acuan yang telah di sapu butter terlebih dahulu.
- Tabur bijan. Bakar selama lebih kurang sejam pada suhu 200 darjah. Nak lagi hangit dan rangup boleh tambah masa.
- Bila dah siap bakar, biarkan ianya sejuk dulu dan baru dipotong.
Selamat mencuba.