Cara membuat Kuih Gunting

Ada peminat Kuih gunting tak kat sini. Kali ni kami nak kongsikan kepada anda resepi yang masih fresh dari oven untuk anda cuba. Bolehlah dijadikan salah satu dari senara kuih raya anda nanti.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Salmah Haji Hassan. Terima kasih ya.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 kg tepung gandum.
  • 250 gram marjerin.
  • 1 biji telur ayam.
  • 1 Kiub ikan bilis.
  • Minyak untuk menggoreng.

Bahan dibawah ini pula perlu dikisar bersama ya:

  • 100 gram bawang merah.
  • 50 gram bawang putih.
  • 50 gram ikan bilis.
  • 50 gram udang kering.
  • Cili kering secukupnya.
  • Garam secukupnya.
  • Perasa Ajinomoto secukupnya.
  • Air untuk mengisar secukupnya.
Baca juga :  Resepi Kuih Lompang Gula Merah

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tepung diramas bersama marjerin kemudian masukkan telur.
  2. Masukkan bahan kisar tadi dan uli hingga rata dan sebati. Masukkan daun kari yang telah dipotong. Uli hingga doh tidak melekat lagi dijari. Pastikan doh tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras.
  3. Bahagikan atau bulat-bulatkan doh supaya senang untuk dicanai dengan kayu giling nanti.
  4. Panaskan dalam pan non stick sekejap tanpa minyak supaya doh tadi keras.. Kemudian sejukkan dan boleh dipotong atau digunting seperti dalam gambar.
  5. Goreng dalam minyak yang banyak.
  6. Tos dengan tisu untuk serap lebihan minyak.
Baca juga :  Cara membuat Pau Goreng / Paung Goreng Terengganu

Siap dan bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.