Buatkan bihun cakar madu untuk anak-anak. Buat 1 paket bihun,byk juga dapat. Rasa rangup dan manis-manis buah je. Ni resepinya. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Ida Zaida. Selamat mencuba.
Bahan-bahan:
- 1 cawan air.
- 1 cawan gula.
- 1 plastik bihun.
- 1 tutup pewarna.
Ni link video disertakan sekali mudah tiru. Senang faham bila tengok video ni. https://www.facebook.com/TerengganuFoodieChannel/videos/185229748848925/
Cara-cara untuk membuatnya:
- Masukkan air dan gula dalam kuali. Kacau sampai air gula menggelegak.
- Masukkan pewarna pilihan. Kacau sekejap agak-agak warna dah sebati masukkan bihun.
- Kacau lagi sampai warna dan bihun bersalut rata. Bila dah bersalut elok, boleh angkat letak dalam dulang atau apa-apa bekas.
- Panaskan minyak dalam 1 kg. Bila minyak dah panas, ambil sedikit bihun dan goreng sekejap dan masukkan dalam apa-apa acuan. Saya masukkan dalam gelas plastik dan tekap. Part menekap ni kena cepat-cepat sebab dia tak akan melekat kalau dah sejuk.
Selamat mencuba.