Cara untuk membuat Kuah Rojak yang pekat dan terbaik. Mudah untuk disediakan!

Kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Kuah Rojak yang pekat dan terbaik. Kuah rojak buah homemade ini mudah untuk dibuat dan yang paling penting sedap. Boleh la colek mencolek buah lepas tu.



Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuah rojak adalah seperti berikut:

  • Segenggam cili kering (dipotong dan dibuang bijinya serta perlu dibasuh bersih dan direndam sekejap dengan air panas selama 5 minit dan toskan airnya kemudian).
  • Belacan.
  • 1 cawan gula merah (bukan gula perang tau).
  • 3 cawan gula pasir.
  • 1/2 cawan kicap.
  • 5 sudu besar sos cili.
  • 3 sudu besar tepung jagung (dibancuh dgn 1/2 cawan air).
  • 2 sudu besar garam. (boleh adjust mengikut kesesuaian sendiri).
  • 2 sudu besar bijan.
  • Segenggam kacang tanah digoreng tanpa minyak dan dikisar kasar.



Cara-cara untuk menyediakan kuah rojak:

  • Cili + belacan +secawan air dikisar sehingga halus dan dimasukkan ke dalam kuali.
  • Kemudian, masukkan gula merah dibancuh dengan secawan air dan ditapis ke dalam kuali.
  • Masukkan gula pasir, kicap dan sos cili.
  • Masak dulu semua bahan-bahan tadi sehingga mendidih. Jaga-jaga sebab adunan/kuah tersebut cepat meruap. Pastikan sentiasa kacau-kacau kuah tu ya.
  • Bila kuah sudah mendidih, masukkan pula garam secukupnya dan rasa supaya rasanya seimbang dengan selera kita.
  • Selepas itu masukkan air bancuhan tepung jagung tadi dan kacau sehingga sebati.
  • Waktu ni memang sentiasa kena kacau selalu kuah tadi dengan menggunakan api kecil. Masak sampai kuahnya menjadi agak pekat.
  • Kemudian, barulah masukkan 2 sudu besar bijan dan 2 sudu besar kacang tanah yang dikisar tadi.Kacang yang lebih tadi bila nak makan baru ditabur di atas rojak/buah.
  • Masak lagi kuah tadi sehingga menjadi pekat, likat dan hitam memikat. Makan siap sudah kuah rojak anda hasil air tangan sendiri. Selamat mencuba.
Baca juga :  Cara lengkap beserta video untuk membuat Sos / Sambal Steamboat yang ringkas dan sedap.

*Resepi asal ini disumbangkan oleh Puan Cik Pooja melalui Facebook Masak Apa Hari Ni dan disunting bagi penyesuaian pembacaan.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.