Cara untuk membuat Jem Nanas Homemade tersedap untuk kuih tart anda. Cubalah!


Harini baru free sikit nak share resepi jem nanas homemade. Ni cara mak saya ye Pn. Jaimah Binti Hamid. Cara mak memang tak tambah tepung. Sebab penah beli jem siap bila dah bakar jem jadi keras dan liat. Spoil mood nak makan kan.

Mungkin lain orang, lain cara. Resepi ni memang mak guna untuk buat tart nanas setiap tahun. Baik tart gulung atau tart kiub. Cuma tahun ni kelainan sikit buat tart nanas kiub pula. Memang tinggi permintaan. Mak cakap mak halalkn resipi. So anda-anda semua cubalah ye. Mudah sahaja.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Ninie Zurainie. Terima kasih Puan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 8 biji nanas (saiz sederhana, tidak terlalu masak).
  • 1/2 kg gula (tak terlalu manis).
  • 1 sudu kecil garam.
  • 1 batang kayu manis.
Baca juga :  Ketam Masak Sambal Telur Hancur Ni Rasanya Memang Power. Sedar-sedar Habis Sekuali Rupanya!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kupas kulit nanas dan buang mata. Cuci bersih dan potong kecil. Kemudian parut. Tapi mak guna blender. Texture elok cantik dan halus.
  2. Masa blender tu tekan-tekan sikit guna senduk kayu. Supaya mudah hancur. Tidak perlu tambah air ya.\
  3. Kemudian tapis. Buang air nanas yang sudah di blender. Supaya bila masak tak ambil masa yang terlalu lama untuk jem kering. Tapi mak tak buang pun. Buat jus nanas untuk berbuka puasa. Sedappp!!
  4. Masuk dalam kuali. Hidupkan api. Masuk bersama kulit kayu manis dan gula. Didihkan dengan api sederhana. Jangan lupa kacau selalu ye. Takut hangit.
  5. Bila hampir kering masukkan sedikit garam serta sedikit pewarna kuning. Kacau lagi. Bila agak kering perlahankan api. Kacau lagi sehingga betul-betul kering.
  6. Bila dah puas hati tahap kekeringan yang dimahukan, boleh padam api. Dah siap sejukkan. Boleh simpan dalam bekas. Macam mak buat ni 8 biji nenas sedarhana boleh dapat dalam 2 kg jem nanas.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ikan Siakap Masak 3 Rasa atau nama Original Thailand Pla Rad Prik. Selamat mencuba!

SELAMAT MENCUBA.

P/S: Mohon kalian doakan kesejahteraan mak dan abah saya juga ya. Abah 73 tahun, mak 63 tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.