Resepi Ikan Cencaru Goreng Belah Belakang berinti sambal kelapa yang menyelerakan.

Biasanya ikan cencaru/keronge ni sedap digoreng atau bakar dengan sumbat sambal aje kan. Harini cheyah nak kongsikan cara paling mudah ikan ini disumbat kelapa parut. Bila goreng tu krup krap sedap.

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan cencaru/keronge di belah dari atas.
  • 1 cawan kelapa parut.
  • 3 biji bawang merah kecil.
  • 1 inci belacan bakar.
  • 3 biji cili padi merah.
  • 2 biji cili besar merah.
  • 2 sudu kecil udang baring.
  • Sedikit serbuk kunyit.
  • Garam dan gula secukup rasa.

Cara penyediaannya:

  1. Kisarkan semua bahan kecuali kelapa parut. Kalau guna chopper kering lagi bagus. Cheyah guna blander biasa je. Kena letak air la sikit kang tak berputar hehe.
  2. Gaulkan bersama kelapa parut. Masukkan garam dan gula. Kalau nak lumur garam dekat ikan dulu sikit pun boleh.
  3. Sumbat ikan di bahagian atas yangvkita belah. Biarkan selama 5 minit baru goreng. Goreng dalam minyak tenggelam. Cheyah tu tak tenggelam sangat.
Baca juga :  Resepi Kuey Teow Kungfu. Sangat enak dimakan panas-panas bersama keluarga.

Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripudin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.