Resepi dan Cara untuk membuat Lepat Pisang

Kami kongsikan kepada anda resepi dan cara untuk membuat kuih klasik zaman-zaman atok nenek kita dahulu. Mudah untuk dibuat sama ada cara penyediaan mahupun memasaknya.

Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Shai Anne Ahemed. Terima kasih puan.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 cawan pisang lemak manis (dipenyek).
  • 1 cawan gula.
  • 1 sudu teh garam.
  • 1 kotak santan kara.
  • 1 cawan kelapa parut.
  • 2 1/4 cawan tepung gandum.
  • Daun pisang (dilayur terlebih dahulu).

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan semua bahan diatas dan gaul sehingga rata kecuali daun pisang.
  2. Letakkan bancuhan lepat tadi ke dalam daun pisang. Bungkus ikut cara sendiri atau boleh ikut macam dalam gambar.
  3. Akhir sekali, panaskan air didalam pengukus dan kukus lepat pisang tadi selama 40 minit. Siap.
Baca juga :  Cara membuat Kuih Koci Pulut Hitam Padu dan Enak. Ketagih untuk mengunyah tau lepas rasa sekali. Cubalah!

Selamat mencuba ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.