Cara untuk membuat Ikan Siakap Masak 3 Rasa atau nama Original Thailand Pla Rad Prik. Selamat mencuba!

Selalu kalau makan ikan di kedai Siam, ikan tiga rasa lain dari di kedai makan Melayu. Saya pernah tanya tukang masak kedai Siam tu, apa nama masakan ikan tiga rasa tu sebenarnya. Dia kata Pla Rad Prik.

Ini resepi dia oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan. Selamat mencuba semua.

Bahan-bahan: (2-3 orang)

  • 1 ekor ikan sikap (saiz sederhana).
  • 1 labu bawang putih.
  • 5 tangkai cili padi merah.
  • 5 tangkai cili padi hijau.
  • 1 ikat daun ketumbar.
  • 3 sudu besar sos ikan.
  • 2 sudu besar pes asam jawa.
  • 2-3 sudu besar tepung jagung.
  • 2 sudu besar gula nipah.
  • Garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Mula-mula kita bedakkan ikan dengan tepung jagung dan garam. Kalau salut tepung, nanti sos tu mudah meresap pada ikan. Baru best!
  2. Gorengkan ikan! Pastikan minyak betul-betul panas dan cukup banyak. Masukkan belah bawahnya dahulu. Isi akan melengkung ke atas jadi macam mangkuk. Bila tuang kuah, kuah akan duduk atas ikan.
  3. Terbalikkan. Biar dia kuak lentang. Haha! Goreng bahagian kulit pula sampai garing. Lepas goreng, tos dan ketepikan sebentar.
  4. Tumis bawang putih dan cili padi yang telah di cincang halus. Masakan ni kena pedas baru mengancam! Tapi kalau tak mahu pedas, guna cili besar. Tak semua orang suka makan masakan yang pedas, kan?
  5. Dah wangi. Masukkan gula putih. Saya guna satu sudu besar. Saya masukkan awal supaya gula ni boleh terkaramel.
  6. Tak sempat ambil gambar masa tuang air asam jawa. Kalau suka masam, masukkan lebih asam jawa. Masakan ikan, sangat ngam dengan rasa masam.
  7. Masukkan sos ikan. Masakan ni rasa dia masam, manis, dan masin. Mungkin sebab tu dekat sini, kedai siam letak nama ikan masak tiga rasa
  8. Tadi saya rasa sos ni, macam ada kurang. Gula nipah ada rasa yang buat masakan jadi sedap. Oleh kerana tak ada gula nipah. Saya cuba letak gula Melaka. Ha! Baru ada rasa manis lemak tu!
  9. Akhir sekali, letak batang ketumbar. Ketumbar ni beri rasa segar dan wangi. Bahan yang sangat sinonim dengan masakan Siam. OK, kuah dah siap, boleh tuang ke atas ikan kita tadi!
Baca juga :  Resepi untuk membuat Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai yang sangat padu. Secolek pasti tak cukup!

Selamat mencuba!

 

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.