Cara untuk membuat Ikan Merah Goreng Berempah yang sangat padu dan beraroma sedap! Pasti anda suka!


Ikan merah yang besar, bila dibuat goreng makan panas-panas memang terasa juicy dan berlemak dekat bahagian tulang tepi. Dapat pula bahagian ekor lembut isinya memang sedap. Sampai sum-sum tulang ikan pun dimakannya. Rasa rempah dan manis isi memang sangat sedap!

Resep ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 5-6 kepingan ikan merah besar.
  • 1 sudu besar Serbuk Kari.
  • 1 sudu kecil serbuk cili.
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit.
  • 1 sudu kecil biji ketumbar(dihancur kasar).
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam.
  • 1 Sudu kecil garam(rata).
  • 1 sudu kecil serbuk Knorr.
  • 1 sudu kecil bawang putih.
  • Sedikit pewarna oren@merah(jika mahu).
  • 1 sudu kecil halia.
  • 2 batang daun kari.
Baca juga :  Resepi lengkap untuk membuat Ayam Masak Pulao bersama beras Basmathi. Sedap dan menyelerakan.

Cara penyediaan dan memasak resepi ini:

  1. Didalam bekas, masukkan ikan bersama semua bahan diatas. Gaul sebati dan perapkan paling kurang 30 minit.
  2. Panaskan minyak dan masukkan ikan. Goreng sehingga masak dan garing.
  3. Angkat dan ketepikan. Siap dihidang makan bersama nasi.

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.