Penangan pucuk labu, hakak fengsan kekenyangan. Gara-gara nasi 3 pinggan. Ada sesiapa yg suka pucuk labu cam hakak? Ni Puan Suzana Yaakob berkongsikan kepada anda cara untuk membuat menu yang sangat padu ini. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 1 ikat pucuk labu (ambil pucuk sahaja, kerana daunnya liat).
- 1/2 biji labu masak (potong dadu).
- 1 cawan santan Mawar Hizs.
Bahan tumbuk:
- 6 biji bawang merah.
- 3 biji bawang putih.
- 1 jemput ikan bilis.
- 3 biji cili padi.
- 1 sudu kecil lada hitam.
Cara-cara untuk masak:
- Tumiskan bahan tumbuk dengan sedikit minyak (jika suka). Saya lebih suka tanpa menumis.
- Rebus bahan tumbuk dengan 2 cawan air. Masukkan labu hingga empuk, barulah masukkan 1/2 cawan santan dan garam.
- Setelah didih masukkan pucuk labu dan lebihan santan. Tambah air, dan adjust kepekatan ikut citarasa. Saya suka yg cair-cair sikit.
- Didihkan jangan sampai layu. Hidangkan dengan sambal belacan/sambal tumis dan ikan goreng/masin.
Selamat memasak.