Cara untuk membuat Egg Tart atau Tart Telur

Kami kongsikan kepada anda cara dan resepi untuk membuat Eggtart bersama eggtart mini. Selamat mencuba ya.

Resepi Eggtart ni menggunakan sukatan cawan ya.

Cara dan bahan yang diperlukan adalah:

  • Butter atau marjerin 1 hingga 2 cawan.
  • Gula icing 2 sudu besar.
  • Esen vanilla setengah sudu teh.
  • Kuning telur sebiji.
  • Tepung gandum 1 1/2 cawan.

Gaul kesemua bahan kecuali tepung gandum. Bila dah sebati masukkan tepung gandum dan uli sampai jadi doh tak melekat kat tangan. Wrapkan (balut) dengan plastik dan simpan dalam peti ais selama 30 minit. Sementara tu boleh panaskan oven dulu. Masukkan doh dalam acuan tart kemudian bakar pada suhu 160 darjah selama lebih kurang 20 minit.

Baca juga :  Resepi untuk membuat Creamy Chicken Mushroom Pie. Inti yang Enak, padu dan padat!

Bahan dan cara untuk membuat filling Eggtart:

  • 3 sudu besar gula halus.
  • 1/2 cawan air panas.
  • 2 biji telur.
  • Setengah sudu besar tepung kastard.
  • Setengah sudu kecil esen vanilla.
  • 2 sudu besar susu cair.
  • 1 sudu besar susu pekat.
  • Pewarna kuning. Tak letak pun takpe.

Larutkan gula halus dengan menggunakan air panas. Satukan semua bahan yang lain dan kacau hingga sebati. Selepas shell/kulit tart tadi dah masak barulah masukkan adunan filling kedalam shell. Bolehlah bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit. Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Baca juga :  Cara untuk membuat Pengat Pisang bersagu terbaik untuk anda sekeluarga. Sesuai untuk dibuat minum petang.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Ainna Rozimi. Terima kasih ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.