Cara untuk membuat Cili Kisar yang tahan lama dan sedap.

Cili kisar nih mak mertua saya ajar. Mak mertua saya dulu seorang peniaga nasi berlauk. Memang wangi aroma tumisan cili ni bila dimasak. Senang, ringkas dan mudah untuk digunakan pada bila-bila masa.

Bila dah ada cili kisar macam nih, nak buat lauk jenis sambal, masak kicap, rendang, pelbagai jenis mee, bihun, kuey teow goreng semua jadi mudah. Cili kisar nih boleh tahan selama 1 Bulan dan tidak berbau. Ianya juga kurang pedas.

Dekat sini saya sharekan caranya. Contoh saya masak sotong sambal ni guna cili kisar ni la. Selamat mencuba. Terima kasih puan Nurul Ateekah untu cara yang mudah dan padu ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 150 gram cili kering.
  • 2 labu bawang putih.
  • 5 biji bawng besar.
  • 2 cm halia.
  • 1 batang serai.
  • 1 cm kunyit.
  • 4 sudu besar minyak masak.
Baca juga :  Resepi Ayam Masak Cili Padi yang membangkitkan selera anda. Nasi tambah mesti punya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Guntingkan cili kering dan rebuskan sehingga ianya menjadi lembut.
  2. Apabila sudah lembut, toskan airnya dan bilas cili yang telah direbus tadi.
  3. Kupas bawang putih dan bawang merah dan potong bawang agar senang dikisar.
  4. Masukkan kesemua bahan kisar dengan sedikit air dan minyak. Kisar sehingga lumat. Kenapa letak minyak??Ianya akan membantu cili kisar untuk tahan lama dan tidak berbau. Dan bila kisar nanti, cilinya tidak berbiji serta akan betul-betul hancur.
  5. Bila dah siap kisar dan puas hati. Simpan ke dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk. Guna bila nak masak nanti.

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.