Resepi untuk membuat Macaroni Goreng bersama Daging Cincang. Kenyang sampai ke petang!

Kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Macaroni Goreng bersama Daging Cincang. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Selamat mencuba semua.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 paket macaroni 500 gram.
  • Daging cincang 500 gram.
  • 1 biji bawang holland dipotong dadu.
  • 5 ulas bawang putih dicincang.
  • Lada Benggla hijau 1 biji dipotong dadu.
  • Lada Benggla merah 1 biji dipotong dadu.
  • Cili kisar 6 Sudu besar.
  • Sos cili 7 Sudu besar.
  • Sos tomato 5 sudu besar.
  • Sos tiram 5 sudu besar.
  • Parsley ½sudu kecil.
  • Oregano ½sudu kecil.
  • Basil ½ sudu kecil.
  • Serbuk lada hitam ½ sudu kecil.
  • Kicap Manis 6 sudu besar.
  • Garam dan Serbuk perasa secukupnya.
Baca juga :  Kesedapan nasi lemak terletak pada sambalnya. Ini cara untuk membuat Sambal Nasi Lemak yang tersedap.

Cara-cara memasak:

  1. Gunakan periuk besar dan masukkan air, garam 1 sudu kecil dan minyak masak 1 sudu untuk merebus macaroni. Rebus sehingga macaroni empuk dalam anggaran 10 hingga 13 mnit kemudian toskan airnya.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang Holland.
  3. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan daging cincang dan masak sehingga empuk.
  4. Masukkan Sos cili, Sos tomato, Sos tiram, kicap Manis, basil, oregano, parsley dan serbuk lada hitam. Gaul rata dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
  5. Akhir sekali, masukkan macaroni yang telah direbus tadi dan gaul sebati sekata dah masak sehingga empuk.
Baca juga :  Cara untuk membuat Nasi Tomato. Lembut dan sangat sedap!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.