Cara untuk membuat Chocolate Sponge Cake yang sangat flawless dan gebu!

Cuba buat ni untuk raya nanti. Senang dan Cepat! dan paling best rasa coklat yang super kaw! Makan kosong macam tu je pun sedap. Semoga bermanfaat. Resepi Chocolate Sponge Cake Flawless by Jejaka Brownie.

Bahan-bahan 1:

Satukan semua bahan dibawah dan pukul selama 10 minit menggunakan kelajuan maksimum.

  • Tepung gandum 50gm.
  • Serbuk Cocoa 50gm.
  • Tepung jagung 50gm.
  • Baking powder 1/2 sudu besar.
  • Gula castor 120gm.
  • Susu Full cream 60gm (cecair).
  • Telur C 6 biji (A/B 5biji).
  • Ovelate 1 1/2 sudu besar.
  • Esen Vanila 1 sudu besar.
  • Garam secubit.

Bahan-bahan 2:

Masukkan paling last setelah Bahan 1 siap dipukul dengan gunakan teknik kaup balik sahaja.

  • Minyak Jagung / Minyak Masak 60gm.
Baca juga :  Cara membuat Kek Coklat Moist versi kukus. Gebu yang amat tau!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan adunan yang telah disediakan tadi ke dalam loyang tinggi size 6 1/2″ atau 7″.
  2. Bakar pada suhu 160° selama lebih kurang 1 jam mengikut kesesuaian oven anda sehingga masak. Gunakan rak bawah oven ada dengan api atas dan bawah.

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.