Hari ni masakkan Chicken Grill untuk suami. Anda semua boleh cuba. Cuma beli roti burger dan siap. Nak makan dengan nasi pun boleh. Ini cara dan resepinya.
Bagi Isi ayam. Beli Peha ayam yang telah dibuang tulang. Biasanya ada dijual di pasar khas untuk buat chicken chop. Basuh bersih dan toskan airnya.
Untuk membuat sosnya pula, bahan-bahannya adalah seperti berikut:
- Bawang putih.
- Tomato 1 biji.
- Sos cili dan Sos BBQ secukupya.
- Sos tiram (ayam).
- Lada hitam.
- Madu, gula dan garam.
- Sedikit Mentega dan planta.
Cara menyediakanya:
- Masukkan sedikit air dan kisar semua bahan diatas kecuali lada hitam. Lada hitam tu perlu dikisar halus.
- Masakkan mentega dan planta, kemudian masukkan bahan-bahan kisar tadi dan kacau sehingga kuah menjadi pekat.
- Pastikan gula dan madu semua mempuyai rasa yang seimbang kemudiaan sejukkan kuah tersebut.
- Kemudian perapkan ayam didalam kuah tadi selama beberapa minit.
- Bakar ayam yang telah diperap tadi dengan menggunakan api atas dan bawah menggunakan suhu 200 darjah selama 60 minit.
- Kemudian keluarkan ayam tersebut dan sambung grill diats kuali burger atau kuali ajaib. Gunakan api dapur dalam beberapa minit sahaja. Siap dan boleh dihidangkan. Selamat mencuba.
Resepi asal dikongsikan oleh Puan SuiSan Aliezsha. Terima Kasih.