Hasil ubi keledek manis beli kat shoppee semalam. 2 versi sis buat kuih bebola ubi hari ni. Yang ungu tu bebola ubi versi Cameron Highlands. Yang oren tu bebola ubi kopong versi indo/thai/chinese. Dua-dua saya suka. Rangup kat luar. Lembut kat dalam. Resepi ini telah dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa. Selamat mencuba.
Resepi bebola ubi cameron highlands (ubi unggu).
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 450g ubi keledek – direbus dan dilenyek.
- 1/2 cawan tepung pulut.
- 3/4 cawan tepung beras.
- 1/4 cawan gula.
- 1 sudu teh baking powder.
- Sedikit garam dan bijan.
Cara-cara membuatnya:
- Campurkan kesemua bahan dan uli sehingga menjadi doh. Kemudian bulat-bulatkan dan boleh digolek diatas bijan. Goreng sehingga masak dengan api yang kecil.
Resepi bebola ubi kopong versi indo/thai/chinese (ubi oren).
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 300g ubi keledek-direbus & dilenyek.
- 70g tepung ubi.
- 30g tepung gandum.
- 70g gula.
- Sedikit garam.
- 1 sudu teh baking powder.
- 1-2 sudu besar air.
Cara-cara membuatnya:
- Campurkan kesemua bahan kemudian gaul sebati supaya menjadi doh. Kemudian bulat-bulatkan sebesar biji bola ping pong. Untuk kuih ni wajib dapatkan hasil yang kosong/lompong kat dalam barulah menjadi kuihnya.
- Tekniknya ialah dengan menggoreng guna api sederhana besar. Bila dah nampk hampir separuh masak hendaklah ditekan-tekan kuihnya dan digolek-golek di dalam kuali. Kuih akan naik lebih kembung. Jangan risau terpenyek kerana ia akan bulat semula. Kuih akan menjadi ringan bila dah masak.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.