Minum petang kami anak beranak hari ni. Mudah sangat, bahan pun tiada yang pelik-pelik. Jom kita cuba buat sendiri Bebola kentang cheese cara saya. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Tina Jair. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 8 biji kentang direbus dan dilecek.
- Sedikit garam.
- Sedikit serbuk lada sulah.
- ¾ cawan tepung jagung.
- 1½ cawan tepung gandum.
- Mozarella cheese (potong kiub).
- Tepung Bestari secukupnya.
- Breadcrumb secukupnya.
- Sebiji Telur ayam.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Rebus kentang hingga empuk kemudian lecek kentang semasa ianya masih panas-panas. Tambahkan sedikit garam dan lada sulah. Seimbangkan rasa mengikut selera anda.
- Tambahkan tepung jagung dan tepung gandum. Uli hingga jadi doh. Bulat-bulatkan doh kentang tadi kemudian isikan kiub mozzarela cheese kedalamnya.
- Kemudian, salutkan bebola tadi mengikut urutan ni. Ulang 2x ya. Tepung bestari >> Telur >> Breadcrumb.
- Dah selesai buat step ni, bolehlah korang goreng. Makan panas-panas sedap banget deh.
Selamat mencuba!