Cara untuk membuat Ayam Goreng ala IKEA yang sangat garing, sedap dan berjus. Sesuai untuk berbuka puasa dan sahur anda.


Sudah menjadi kebiasaan kalau pergi ke IKEA mesti beli ayam goreng. Beli 4 tak cukup kongsi dengan anak-anak. Disini saya sediakan Cara memasak ayam IKEA yang betul-betuk rasa di IKEA. Malah makan panas-panas anak-anak sudah tentu suka. Nak dekat puasa nih, perap ayam siap-siap jadi nanti tinggal goreng je untuk sahur. Memang selera anak makan! Selamat mencuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 9 ketul chicken wing atau 1 kilogram kepak ayam.
  • 3 sudu besar Sos tiram.
  • 3 sudu besar light soy sauce.
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih.
  • 1 sudu serbuk perasa knorr atau Secukup Rasa Maggi.
  • 1½ sudu besar gula pasir.
  • 2 sudu besar All purpose seosoning.
  • 1 sudu besar minyak bijan.
  • 5 sudu besar air putih.
  • 4 sudu besar topioca starch.
  • 3 sudu besar tepung gandum.
  • Minyak masak untuk mengoreng.

Cara untuk memerap ayam:

  1. Cuci ayam bersama 1 sudu besar garam. Cuci sehingga bersih dan toskan.
  2. Masukkan kesemua bahan kecuali Minyak masak.
  3. Gaul sebati dan simpan di dalam plastik atau bekas tertutup.
  4. Perap paling kurang 8 jam dan sebaiknya semalam. Simpan ditempat biasa iaitu bukan tempat beku.
Baca juga :  Resepi Ayam Goreng Seringgit. Sesuai la time nak berbuka dan juga sahur. Mudah dan cepat!

Cara-cara untuk memasaknya:

  1. Keluarkan ayam dari peti sejuk 30 minit sebelum mengoreng. Panaskan minyak dengan api yang sederhana pada suhu 150 darjah atau celupkan Lidi sate jika ada. Kalau buih-buih dipermukaan lidi keluar di pertengahan minyak panas bermakna suhu dah mencapai tahap 150 darjah.
  2. Masukkan 3 hingga 4 ketul kepak ayam dan goreng selama 3 minit disetiap belah sisi. Total 6 minit mengoreng ayam.
  3. Angkat dan toskan ayam pada tisu. Biarkan ianya rehat 6 minit dan masukkan semula ayam didalam kuali dan masak sehingga garing paling kurang 3 hingga 4 minit. Tujuannya untuk mendapat texture Yang rapuh dan rangup diluar dan berjus di dalam isi ayam.
  4. Angkat dan toskan semula. Siap untuk merasaikan kenikmatan ayam goreng IKEA.
Baca juga :  Cara untuk membuat Nasi Goreng Ikan Masin. Rasa sekali pasti rindu nanti!

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.