Cara mudah untuk membuat Waffle gebu dan garing. Mesin waffle saya beli murah kat shopee. Comel sangat kejadiannya. Tak sangka menjadi waffle saya macam beli dari kedai. Garing dan fluffy helok!
Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Rashid Amiza. Terima kasih.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Butter cair satu sudu
- Kuning telur 1 biji.
- Putih telur sebiji.
- Garam secubit.
- Air 1 cawan.
- Tepung naik sendiri 1 cawan. Pakai cawan yang sama.
- 1 sudu tepung jagung.
Cara-cara unuk membuatnya:
- Campur dan kocakkan air bersama telur kuning kemudian baru masukkan bahan yang lain dan kacau sampai sebati. Bila dah siap, letakkan ditepi sekejap.
- Cara nak bagi gebu, putih telur 1 biji dipukul dengan gula yang dimasukkan sebanyak satu sudu dahulu.
- Selepas tu pukul sampai dia gebu dan baru masukkan lagi gula sebanyak satu sudu lagi.
- Akhir sekali, campurkan adunan putih telur yang telah kembang dengan adunan yang pertama tadi dah gaulkan sehingg sebati.
- Dah siap adunan kita dan sedia untuk dibakar. Bila dah siap bolehlah dimakan bersama inti pilihan anda.
Selama mencuba.