Tauhu begedil dah menjadi makanan yang boleh didapati dimana-mana sahaja. Ramai yang menjualnya sama ada di pasar-pasar mahupun dijual diatas talian. Namun bagi anda yang rajin, mungkin anda boleh membuatnya sendiri. Kami kongsikan kepada anda resepi untuk membuat tauhu begedil ini. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang anda perlukan adalah seperti berikut:
- Tauhu goreng 20 biji yang telah dikeluarkn isi dalamnya.
- Daging Burger Ramly yang telah dihancurkan.
- 6 biji ubi kentang yang telah dipotong dan direbus sehingga lembut.
- Daun sup yang telah diracik.
- Daun bawang yang telah diracik.
- Cili api / padi / melaka sebanyak 3 biji (diracik).
Cara untuk menyediakanya pula adalah seperti berikut:
- Panaskan sedikit minyak dan goreng daging sehingga masak. Ambil daging sahaja. Lebihan minyak dibuang.
- Gaulkan daging burger tadi bersama ubi kentang, daun sup, daun bawang, cili padi / api / melaka sehingga sebati.
- Perasakan bahan adunan tadi dengan lada putih, Maggi cukup rasa dan garam secukupnya.
- Sumbatkan bahan diatas kedalam tauhu goreng tersebut sehingga abes kesema tauhu yang anda ada.
- Pukul 2 biji telur dan culupkan tauhu yang telah disumbat dengan bahan adunan kemudian gorengkan di dalam minyak yang panas.
Untuk membuat Sambal Kicap pula, ini bahan yang perlu ada:
- *10 tangkai cili kering.
- *15 biji cili padi / api / melaka.
- * 3 ulas bawang putih.
- klicap manis.
- Sos tiram.
Caranya untuk membuat sambal kicap adalah seperti langkah dibawah ini.
- Panaskan sedikit minyak dan goreng kesemua yang bertanda *. Biarkan sejuk sebentar.
- Masukkan kedalam blender dan kisar bahan yang telah digoreng tadi sehingga halus. Minyak gorengan tadi dibuang dahulu sebelum dikisar.
- Tambahkan kicap manis dengan sedikit air kemudian sambung kisar.
- Guna lebihan minyak goreng tadi untuk masak kesemua bahan kisar. Letak sos tiram, kicap manis, gula, Maggi cukup rasa, sedikit garam dan biarkan ianya mendidih.
- Bancuh 2 sudu tepung jagung kemudian tuangkan ke dalam sambal tadi untuk bagi sos menjadi pekat. Masak sehingga keluar buih dan tutup api. Siap untuk dihidangkan bersama tauhu begedil tadi.
Selamat mencuba.