Jom tengok resepi yang kami kongsikan ini untuk cara membuat Putu Bambu dengan mudah di rumah. Bahan pun bahan-bahan yg ada di rumah je. Resepi ini sukatan untuk buat sikit je. Kalau nak buat banyak just gandakan bahan-bahannya.
Bahan-Bahanya yang diperlukan:
- 2 cawan tepung beras.
- 1 cawan air.
- Gula merah.
- Daun pandan.
- Garam sikit.
Cara-Caranya membuatnya:
- Masak air di dalam periuk letakan daun pandan dan sedikit garam.
- Apabila garam dah sebati, air dah panas, bau pandan dah naik tutupkan apinya.
- Tunggu airnya sejuk sedikit.
- Di dalam bekas yg lain, letak tepung beras, masukkan air yg di masak tadi dalam 13 sudu besar makan.
- Gaul tepung tu sampai jadi mcm serbuk roti.
- Ayakan tepung guna penapis yg lubangnya agak besar. Penapis kecik susah nk ayak.
- Seterusnya apabila sudah siap ayakan tepung, masukkan sikit tepung tadi ke dalam acuan lompang. Ingat, jangan tekan tepung tu bagi padat ya.
- Kemudian, letak pula gula merah, tambah tepung balik lagi sedikit.
- Kukuskan di dalam 15 – 20 minit.
- Tudung periuk kukus tu letakan kain ya. Kalau tak nanti air kukusan masuk pula ke dalam putu bambu kita.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat. Insya Allah *Resepi asal ini disumbangkan oleh Puan Faidhatul Arfah Ahmad melalui Facebook Masak Apa Hari Ni dan disunting bagi penyesuaian pembacaan.