Cara dan Resepi untuk Membuat Paprik Daging. Menu yang bakal memikat selera anda.

Menu kadang-kadang. Sebab daging jarang-jarang naik rumah. Jadi kita buat menu menuju pintu hati suami, sebab biasanya menu ni dia order kat kedai je.

Jadi apa kata kali ni kita semua buat sendiri je. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Daging – dihiris kecil.
  • 2 ulas bawang putih – dicincang halus.
  • 1 biji bawang besar – dibelah dua dan dihiris bulat kasar.
  • 1 biji cili merah – dihiris serong.
  • 2 helai daun limau purut – disiat-siat.
  • Bunga kobis – dihiris kecil.
  • 2 biji putik jagung – dihiris serong.
  • 1/2 biji karot – dihiris serong.
  • 2 biji kacang panjang – dipotong 1 inci.
  • 2 sudu makan cili kering kisar.
  • 2 sudu makan cili sos dan 2 sudu makan sos tomato.
  • 1 sudu makan sos tiram.
  • Sedikit garam dan 1 cawan air.
Baca juga :  Cara untuk Biskut Almond Crunchy. Biskut yang mudah dan senang disediakan.

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging. Kacau rata hingga daging masak.
  5. Masukkan air. Masak hingga mendidih.
  6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
  7. Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).
  8. Tutup api dan hidangkan.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.