Hari ini kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat daging masak dendeng yang amat mudah dan sedap sangat untuk anda cuba. Dapat pula makan bersama nasi panas-panas memang tak hadap menu lain dah lepas tu.
Selamat mencuba ya. Terima kasih kepada Puan Wahida Alya untuk resepi yang terbaik ini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Daging lembu 1 kg.
- *Serai 4 – 5 batang dikisar.
- *Bawang besar 4 biji dikisar.
- *Halia 1 inci dikisar.
- *Lengkuas 1 inci dikisar.
- Cili kering dikisar menjadikanya 3 sudu.
- Kicap manis / masin / pekat untuk bahan perap.
- Garam, Gula dan Gula melaka (pilihan) secukupnya.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Potong daging mengikut saiz yang bersesuaian. Basuh bersih-bersih dan toskan airnya. Letakkan daging dalam satu bekas kemudian tuangkan kicap manis, masin dan pekat. Jika nak guna kicap manis sahaja pun boleh.
- Perapkan dan letakkan dalam peti sejuk selama lebih kurang 1 jam.
- Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan-bahan yang bertanda* bersama 3 sudu cili kering.
- Tumis sampai cili kering tadi masak barulah dimasukkan daging yang telah diperapkan dengan kicap tadi.
- Sebatikan kesemua bahan barulah masukkan garam dan gula. Masukkan sedikit air dan tutup kuali biarkan sehingga daging tadi empuk dan kering.
- Siap dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.
Selamat mencuba. Sedikit tips, rebuskan daging tu dulu pun boleh kemudian ketuk barulah dimasak bersama adunan lain.