Cara lengkap untuk membuat Jeruk Mangga Epal yang rangup dan sedap

Kali ni kami nak kongsikan pula kepada anda resepi dan cara-cara untuk membuat Jeruk mangga epal yang rangup dan sedap. Cubalah tau.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 20 biji mangga epal / mangga yang sesuai.
  • 1 senduk garam.
  • 1.5 kg gula.
  • 2 sudu air kapur.
  • 1 sudu cuka.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Rendamkan mangga yang telah dipotong dan dibasuh dengan garam selama 1 malam. Letak dalam peti ais untuk memastikan kerangupannya dijamin dan toskan airnya.
  2. Rendamkan pula dengan air kapur selama lebih kurang 6 jam dan toskan airnya semula.
  3. Masakkan air bersama gula kemudian sejukkan.
  4. Kemudian, rendam mangga dengan air gula dan cuka.
  5. Akhir sekali simpan mangga tadi  didalam peti ais semalaman. Esoknya dah boleh makan.
Baca juga :  Resepi Stok Pes Ikan Bakar Segera. Sangat memudahkan bila kita teringin nak makan ikan bakar!

Selamat mencuba. Terima kasih Puan Rosnah Harun kerana berkongsi cara membuat jeruk ini.‎

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.