Cara dan Resepi untuk membuat Punten Makanan Orang Jawa

Punten makanan orang jawa Selangor belah-belah Sabak Bernam nun. Resepi Punten. Sedap dimakan bersama sambal hijau. Sedap sangat.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 cawan beras.
  • 6 cawan santan.
  • 1 sudu teh garam.
  • 2 helai daun pandan.

Masak guna rice cooker. Bila dah masak, tumbuk nasi dan bentukkan. Kalau nak msuk loyang potong-potong pun boleh. Saya Pakai tangan je lapik plastik kepal-kepal.

Bahan-bahan sambal punten. Sedap sambal sedap la punten.

Kisarkan:

  • Segenggam ikan bilis.
  • 3 batang cili besar hijau.
  • 2 batang cili besar merah.
  • 2 ulas bawang besar.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 10 biji cili padi.
Baca juga :  Resepi Gulai Pisang Tumis Darat. Menu yang anda semua perlu cuba!

Cara untuk menyediakan sambal:

  1. Tumis bahan blend tadi sampai naik minyak.
  2. Tumbukkan 2 genggam ikan bilis mentah dan masukkan dalam sambal.
  3. Masukkan gula ikut nak manis camne, garam, Ajinomoto kalau makan dan rasakan dan tunggu agak kering.
  4. Kalau nak pedas tambah cili padi ikut suka korang. Selamat mencuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Muliyana Suhud. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.