Resepi dan Cara untuk membuat Kuih Ulat Bulu

Kuih “ulat bulu” kita hari ini. Jangan risau. Makan ni tak gatal tau. Kuih takpe Ulat bulu, jangan orang sudah. Merayap merata. Resepi kuih Ulat Bulu.

Bahan untuk resepi kuih ulat bulu sukatan cawan:

  • Tiga cawan tepung pulut.
  • Dua sudu besar tepung gandum.
  • Satu cawan air.
  • Sedikit air kapur.
  • Secubit garam.
  • Kelapa parut.
  • Inti kacang merah (saya beli yang dah siap).

Cara cara membuat kuih ulat bulu:

  1. Satukan tepung pulut, tepung gandum, garam dan air kapur. Gaul sampai sebati.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang sederhana lembut.
  3. Ambil sedikit doh dan leperkan. Letak inti kacang merah
    Gentel bujur untuk tutup doh. Ulang sampai habis.
  4. Panaskan air sampai mendidih. Masukkan doh ulat bulu dan biarkan sampai timbul. Dah timbul, salut atau golek dengan kelapa parut yang di campur dengan sedikit garam. Siap,selamat mencuba.
Baca juga :  Cara Membuat Apam Polkadot

Resepi ini telah dikongsikan oleh Gerobok Ummu. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.