Cara dan resepi untuk membuat Cotton Cheese Cake super gebu gebas

Alhamdulillah kali kedua buat menjadi, lembut, gebu dan cair dalam mulut anak kata. Gigih try dan adjust sebab anak-anak memang suka sangat. Kalau beli tak puas makan. Cotton cheese cake yang super gebu dan lembut. Terima kasih Fatin Farhana Bakri.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 140 gram cream cheese.
  • 40 gram butter jenama Anchor.
  • 50ml atau 60 gram susu full cream.
  • 5 biji telur ayam gred A.
  • 1 sudu besar Jus lemon.
  • 100 gram Gula castor.
  • 50 gram tepung kek.
  • 15 gram tepung jagung.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan over pada suhu 120°c dengan meletakkan dulang berisi air di dalamnya. Sebab kek ni bakar guna kaedah waterbath.
  2. Asingkan telur putih dan kuning. Pastikan jangan ada sedikit pun telur kuning masuk dalam telur putih ya, kalau tak meringue tak menjadi.
  3. Masukkan cream cheese, butter dan susu dalam pan, panaskan pan dengan api sederhana dan kacau sampai bahan-bahan tadi cair dan sebati. Kemudian tutup api.
  4. Agak-agak dalam 5 minit kemudian masukkan tepung jagung dan tepung kek ke dalam adunan tadi dan kacau hingga sebati. Apabila dah sebati masukkan kuning telur dan kacau sebati lagi sekali. Akhir sekali masukkan jus lemon dan kacau sehingga sekata. Tapi jangan over beat tau. Kacau manja-manja sahaja.
  5. Dalam bekas yang lain, gunakan besen dan pastikan kering. Masukkan telur putih dan putarkan sampai menjadi agak berbuih. Masukkan gula dan putar lagi guna high speed smpai adunan tu menjadi bertanduk dan kalau terbalikkan bekas tu tak adunan tak jatuh dah.
  6. Masukkan adunan putih tadi ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit dan kacau manja sampai sebati. Guna kaedah kaup balik menggunakan spatula. Akhir sekali masukkan adunan dalam loyang. Saya pakai loyang bulat bersaiz 18 cm.
  7. Bila dah masukkan dalam loyang, hentakkan loyang tu untuk sekatakan adunan tadi. Masukkan loyang dalam oven yang dah dipanaskan. Nak bakar dia guna 3 langkah dibawah.
Baca juga :  Resepi Kek Pandan Mini Cheese. Sekali rasa pasti ingat sampai bila-bila

Langkah 1: Guna api atas bawah suhu 120 atau 130 darjah mengikut oven masing-masing selama 20 minit.

Langkah 2: Jangan buka oven, tukarkan suhu saja ke 160 darjah dan bakar lagi selama 15 minit.

Langkah 3: Selepas siap 15 minit tadi, buka pintu oven dalam 10 saat kemudian tutup balik, turunkan suhu ke 110 darjah dan sambung bakar selama 45 minit lagi. Then siap. Biarkan sekejap dalam oven, baru keluarkan. Jangan terus potong, tunggu dia sejuk dulu. Selamat mencuba

Baca juga :  Resepi Kek Burnt Cheese Air Fryer Mudah dan Cepat
error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.