Senang je buat Acar Buah ni. Bila baca resepi macam susah. Apa-apa pun sediakan bahannya dahulu. Selamat mencuba ya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 1 kg jeruk buah-buahan campuran.
- 250 gram kismis.
- Bawang merah di hiris.
- Bawang putih di hiris.
- Halia di hiris.
- 1 cawan cili kering blend.
- 1 cawan cili sos.
- 11/2 cawan gula.
- Garam secukup rasa.
- 2 sudu makan cuka.
*kalau suka boleh tambah rempah
Cara untuk membuatnya:
- Cara untuk membuatnya mudah sahaja. Tumiskan bawang dan halia sehingga naik bau. Kemudian masukan cili masak dan goreng hingga garing.
- Masukan pula sos dan perasa.
- Akhir sekali baru masuk buah jeruk kemudian gaulkan sehingga sebati dan masak sehingga sosnya bertukar menjadi seakan-akan kuah ayam masak merah.
- Siap dan selamat mencuba.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Maheran Sukor. Terima kasih ya.
Sedap dan terliur tengok acar buah