Kalau ada cili jeruk lagi sedap. Musim kerang sekarang isi dia penuh-penuh. Resepi dibawah paling ringkas & mudah cara saya masak. Hidangan dibawah saya masak setiap pinggan berasingan.
Resepi dan bahan bahan yang diperlukan:
- Kuey teow (cuci toskan).
- Cili kering & bawang besar (dblend).
- Bahan tumis iaitu cili sos, kicap manis, kicap pekat dan sos tiram).
- Bawang putih diketuk.
- Taugeh & kucai.
- Telur.
- Udang direbus dan asingkan air.
- Kerang (direbus).
Cara untuk membuatnya:
- Panaskan kuali, masukkan minyak. Minyak lebih sikit ye supaya apabila kita masukkan telur nanti kuey teow tak batat. Kuey teow dan minyak dorang ni friend forever.
- Tumis bawang putih, masukkan udang, cili diblend 3 sudu besar, 1 sudu besar sos cili, sos tiram, kicap pekat, 5 sudu kicap manis, sedikit garam.
- Kacau-kacau dan masukkn air rebusan udang kemudian baru pecahkan telur dan kacau-kacau sehingga sebati.
- Masukkan kerang, kuey teow, taugeh dan kucai.
- Siap. Pastikan guna api yang besar ye. Selamat mencuba.