Cara buat Spagetti Aglio Olio versi paling mudah. Sesuai untuk jamuan dan potluck!

Cara buat Spagetti Aglio Olio versi paling mudah. Sesuai untuk jamuan dan potluck!Nak buat menu jamuan sekolah anak-anak pun sesuai sangat. Jom cuba cara yang telah dikongsikan oleh Puan Joanna Johan ni. Selamat mencuba.

Cara-cara membuatnya dan bahan yang diperlukan:

  1. Spaghetti direbus, toskan.
  2. Tumis bawang putih, minyak lebih sikit.
  3. Masukkan daun bay 2-3 helai.
  4. Masukkan bahan protein pilihan (seafood, ayam, sosej) saya guna udang mix.
  5. Masukkan cendawan butang & tomato dadu.
  6. Masukkan cili flakes, parsley flakes, cukup rasa atau kiub ayam dipecahkan, garam.
  7. Dah wangi, masukkan spaghetti gaul-gaul. Dah siap.
Baca juga :  Resepi Putu Mayam Simple Menggunakan Bihun Sahaja. Jangan risau ianya memang sedap!

Bungkus dalam bekas burger plastik. Cucukkan garfu mini. Tutup kemas. Sebekas isi dalam ni dapat banyak juga, anggar sepiring magi goreng kosong. Untuk sekolah menengah sesuai, untuk sekolah rendah jangan isi banyak sangat. Sebab ada makanan lain kan. Secukupnya satu portion.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.