Cara buat Pau Goreng Kacang Merah paling gebu dan senang disediakan! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Ida Zaida. Selamat mencuba.
Bahan A:
- 1 paket yis kering mauripan.
- 2 sudu besar susu pekat.
- Anggaran 1 cawan air suam.
- 2 sudu gula.
Campur semua bahan A dan biarkan sehingga berbuih.
Bahan B:
- 4 cawan tepung gandum.
- 2 sudu besar marjerin.
- 2 sudu teh baking powder.
- 1 sudu teh garam.
Ramas semua bahan hingga jadi seperti serbuk roti.
Bahan C:
- Setengah cawan susu Full Cream/Fresh Milk
Cara-cara:
- Kemudian campurkan bahan A+B+C dan uli.
- Perap sekejap bagi kembang. Selepas tu tumbuk buang angin.
- Bentukkan doh bulat-bulat dan masukkan inti kacang merah.
- Agak-agak doh mengembang hampir 2 kali ganda saiz asal boleh mula menggoreng dengan api sederhana. Pastikan minyak betul-betul panas.
Selamat mencuba.