Malam tadi buat. Inilah kejadiannya. Cara buat Kuih Lapis Acuan Sakura yang comel dan pastinya memikat selera kita semua! Jom kita cuba resepi oleh Nawar Azhar ini. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 2 cawan tepung beras.
- 1/2 cawan tepung gandum.
- 1/2 cawan tepung jagung.
- 1 cawan gula pasir.
- 4 cawan santan.
- Sedikit garam.
- Pewarna pink.
- Acuan yang telah di oles dengan sedikit minyak.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Panaskan kukusan terlebih dahulu. Kemudian satukan kesemua bahan-bahan diatas dan gaulkan sebati dan rata. Pastikan tiada tepung yang berketul.
- Bahagikan adunan tadi kepada 2 bahagian iaitu 1 bahagian warna asal (putih) dan 1 bahagian lagi warna pink.
- Ambil 3/4 sudu makan adunan putih dan kukus dahulu 3 minit dengan menggunakan api sederhana. Bila lapisan putih dah masak, ambil 1 sudu makan adunan pink pula dan tuang atas lapisan bawah tadi. Sambung kukus 3 minit lagi.
- Buat langkah yang sama sampai adunan kita habis dan untuk lapisan yang terakhir kita kukus selama 10 minit.
- Biarkan kuih lapis sejuk dahulu baru di keluarkan dari acuan.
Untuk lapisan pertama sebaiknya guna 3/4 sudu makan adunan. Lapisan seterusnya guna 1 sudu makan supaya nampak corak bunga di tengah-tengah. Selamat mencuba.
Kak nk tnya acuan tu beli kat mana ya