Ada penggemar kuih ni tak? Jom kita buat Kuih Lompang Gula Melaka! Resepi ini telah dikongsikan oleh Shah Shatry. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 2 cawan tepung beras.
- 1 cawan gula merah.
- ½ cawan gula pasir.
- 4 cawan air.
- 1 sudu teh air kapur makan.
- 1 helai daun pandan.
- Kelapa parut secukupnya.
- Secubit garam.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Satukan air, gula merah, gula pasir & daun pandan di dalam periuk. Masak bahan-bahan tadi sehingga larut. Bila dah mendidih dan gula melarut boleh padamkan api kemudian sejukkan.
- Di dalam bekas yang lain, masukkan tepung beras, kapur makan & air gula yang di masak tadi. Kacau sampai sebati & tapiskan.
- Panaskan pengukus. Pastikan acuan lompang kita telah di sapu minyak terlebih dahulu kemudian panaskan sekejap di dalam pengukus.
- Tuangkan adunan tadi ke dalam acuan yang dah di sapu minyak. Tips utuuk dapatkan lesung pipit, tuang adunan biar sampai penuh acuan.
- Kukuskan selama 15 minit. Bila dah cukup 15 minit, buka tudung pengukus perlahan-lahan supaya air tak jatuh atas kuih. Seeloknya tudung pengukus tu kita balut dengan kain.
- Biarkan dahulu kuih di dalam pengukus selama 5 minit dalam keadaan tudung terbuka supaya wap pengukus tu boleh mengeringkan air yang ada di atas permukaan kuih. Jika ada air dalam lubang kuih tu, keluarkan kemudian tuang air tu.
- Bila kuih dah sejuk, keluarkan kuih dari acuan. Boleh la di hidangkan dengan kelapa parut yang dah di gaul dengan secubit garam
Selamat menjamu selera.