Resepi sedap untuk membuat Lala Masak Lemak Cili Api. Terbaik untuk anda, memang puas hati!

Hai korang, kakchik nak share lala masak lemak cili api paling letops hari ini. Serious, sedap yakmat. Makan dengan nasi panas atau ratah saja pun dah sedap. Memang puas hati sangat. Biasa makan masak lemak paling sedap kat kedai makan. Kali ini buat sendiri. Memang puas hati sangat. Kebetulan lala tengah murah. Jom kita buat. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Umi Watie. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kilogram lala.
  • 2 batang serai.
  • 2 keping asam keping.
  • 1 inci kunyit.
  • 10 biji cili api.
  • 1 kotak santan.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Dalam periuk masukkan 1 liter air. Kakchik kisarkan cili api dan kunyit sampai halus. Masukkan serai yang diketuk.
  2. Masukkan asam keping yang dah dibasuh bersih. Kemudian, Kakchik masukkan 1 sudu teh serbuk kunyit.
  3. Bila dah nampak semua bahan mendidih ganas. Biarkan dia merenih 5 minit. Selepas tu masukkan Santan.
  4. Masukkan lala atau retak yang dah dibersihkan. Kemudian, masukkan daun kunyit untuk aroma wangi.
  5. Perasakan dengan garam ikut selera. Kena serasikan rasa pedas, masam, masin dan lemak. Barulah masak lemak cili api kita menjadi.
  6. Dah siap, jom makan.
Baca juga :  Resepi Lala masak pedas-pedas manja yang padu. Lauk ni satu pun dah cukup nikmat untuk semua!

Hidangkan buat keluarga. Jom mamam. Kakchik tak boleh move on lagi betapa sedapnya lala masak lemak cili api ni. Babai korang

 

 

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.