Kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Lala masak mentega bersama krim yang sangat padu. Percaya atau tidak ianya sedap dimakan bersama roti atau speghetti. Tidak Kira sesiapa sahaja yang merasainya pasti rasa jatuh hati dan tidak puas menikmatinya.
Saya share resepi ya, mungkin malam nih anda semua boleh cuba. Terima kasih kepada Nurul Ateekah kerana berkongsi resepi ini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 1½ kilogram lala yang telah dicuci bersih.
- 1 cawan susu full krim.
- 1 kotak kecil cooking cream.
- ½ potongan buttercup.
- Bawang putih 7 ulas dicincang.
- Daun bawang 1 pokok dihiris.
- Perahan jus lemon 1 sudu besar.
- Serbuk lada hitam kasar 1 sudu kecil.
- Basil 1 sudu kecil.
- Chilli flakes 1 sudu kecil.
- Cheese pizza topping atau cheese slice/cheddar.
- Garam secubit.
- 1 kiub Pati ayam knorr @ maggi.
Cara untuk membuatnya:
- Panaskan ¼ butter dan masukkan lala @ steam dahulu lala sehingga separuh masak. JANGAN MASUKKAN AIR dahulu. Apabila air lala keluar, buangkan airnya ya.
- Dalam kuali yang sama, masukkan lala yang telah dibuang airnya bersama perahan jus lemon, bawang putih dan daun bawang. Gaul rata kesemuanya.
- Masukkan Serbuk lada hitam kasar, chilli flakes dan basil. Gaul hingga sebati.
- Seterusnya, masukkan cooking cream, susu full cream dan ¼ butter. Masak sehingga mendidih dan perasakan dengan secubit garam dan kiub Pati ayam.
- Apabila sudah cukup rasa, angkat lala dan pindahkan kedalam bekas yang sesuai untuk diletakkan ke dalam oven. Taburkan daun bawang, serbuk lada hitam, basil, chilli flake dan cheese mozzarella @ slice @ cheddar.
- Panaskan oven pada suhu 210 darjah celcius dan masak selama lebih kurang 15 hingga 20 minit atau sehingga cheese bertukar warna keperangan.
- Dah siap. Bolehlah di hidang bersama roti, speghetti ataupun nasi.
Selamat mencuba.