Ada penggemar Kuih Lopes tak? Ini cara lengkap bersama Kuah Gula melaka yang terbaik untuk anda cuba.

Alhamdulillah. Sekian lama nak makan kuih lopes asli yang tanpa pewarna dan bentuk segi tiga. Dah selalu buat versi letak air pandan dan tekap bulat-bulat tapi kali ni sis nak yang asli. Resepi senang je. Nak bungkus tu je remeh tapi bila tgk you tube ala boleh la. Sis pon bedal je bungkus asalkan tak keluar pulut dan sis guna getah. Nasib baik tak pahit sebab pernah baca ada orang bugkus dan ikat guna getah jadi pahit lopesnya. Resepi ini telah dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Beras pulut direndam semalaman dengan air kapur.

Pagi esoknya, toskan dan boleh mula membungkus. Daun pisang dilayur terlebih dahulu. Dah siap boleh rebus guna dapur gas. Sis guna pc sahaja. Mode tendon 40 minit.

  • Nisan atau gula melaka.
  • Air secukupnya.
  • Daun pandan secukupnya.
Baca juga :  Resepi Nasi Ayam Paling Mudah dan paling sedap! Kombinasi rasa yang sangat lengkap dan padu!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masak gula sehingga sehingga cair.
  2. Kelapa parut dikukus dalam 5 minit dan gaul bersama garam.
  3. Kuih lopes yang dah masak, sejukkan kemudian boleh la digaul dengan kelapa parut. Alhamdulillah sedap.

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.