Cara untuk membuat Kerabu Bunga Kantan Ikan Bilis Rangup. Simple tapi menyelerakan!

Cara untuk membuat Kerabu Bunga Kantan Ikan Bilis Rangup. Simple tapi menyelerakan! Simple macam ni tapi makan nasi tak cukup sepinggan. Terima kasih kepada Puan Akma Abdullah kerana berkongsi kerabu sedap ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ikan bilis secukupnya.
  • Bunga kantan secukupnya.
  • Serai dan tomato secukupnya.
  • Bawang besar dan cili secukupnya.
  • Jus Lemon (boleh gantikan dengan limau nipis).
  • Sos ikan dan Garam.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sampai garing.
  2. Masukkan bunga kantan, serai, tomato, bawang besar, cili, sos ikan, perahan lemon dan garam dalam mangkuk dan gaul rata.
  3. Masukkan ikan bilis dalam mangkuk tadi dan gaul rata. Tips: garam jangan letak banyak sebab ikan bilis dan sos ikan dah masin.
  4. Dah siap. Boleh dihidangkan bersama nasi panas.
Baca juga :  Kesedapan nasi lemak terletak pada sambalnya. Ini cara untuk membuat Sambal Nasi Lemak yang tersedap.

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.