Resepi dan cara-cara untuk membuat Laksa Siam. Sedapnya sehingga tak sabar nak merasa!

1st time saya masak laksa siam. Sebab 1st time rasa masa g rantau panjang ada mak cik jual. Sedapnyaaa. Tak tahanĀ  buat la jugak hari ni. Jom kita cuba bersama-sama ya. Resepi ini telah dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Laksa siam – bahan utama iaitu laksa jenis halus.
  • 1kg ikan selayang – rebus dan blender.
  • 10 ulas bawang merah* danĀ 2 ulas bawang putih*.
  • 2 inci halia* dan 2 inci lengkuas*.
  • 2 inci kunyit hidup*.
  • 4 batang serai (2 batang blender dan 2 batang diketuk).
  • 2 inci belacan.
  • 5 biji cili api hijau*.
  • 5 keping asam gelugur.
  • 3 cawan santan pekat.
  • Garam dan Gula secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Rebus ikan kemudian asingkan isi dan tulang. Blend halus isi ikan. Air rebusan jangan buang. Boleh guna untuk blend tulang. Air tulang tu tapis ya.
  2. Kemudian, blend semua bahan bertanda *.
  3. Masukkan bahan blend, serai di ketuk ke dalam periuk. Biarkan mendidih sekejap.
  4. Kemudian masukkan isi ikan blend tadi, asam keping dgn air. Kuah jangan cair atau pekat sgt. Kacau sebati.
  5. Masukkan pula santan. Kacau jgn berhenti takut santan berketul. Masukkan garam dan gula. Lebihkan manis. Siap!
  6. Bahan-bahan ulam yang diperlukan adalah seperti Daun petai belalang, Timun batang, Taugeh, Daun selasih @ temangi, Kacang panjang, Limau kasturi dan Cili kering goreng.
Baca juga :  Resepi Laksa Kuah Lemak Terengganu

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.