Cara untuk membuat Sayur Masak Lemak Lada yang sedap lain daripada yang lain. Kena cuba tau!

Sape pernah makan sayur lemak pucuk cili atau lada? Siapa ada tanam pokok cili tu boleh try buat sayur macam ni. Sure menambah nasi. Sedap dia lain daripada sayur lemak yang lain. Kena cuba masak dan rasa sendiri tau. Resepi ini telah dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Pucuk muda lada@cili secukupnya.
  • Daun kaduk 4 hingga 5 helai.
  • Santan secukupnya mengikut kepekatan yang dikehendaki.
  • Bawang merah 5 ulas*.
  • Isi ikan selayang 1 ekor*.
  • Lada hitam secukupnya*.
  • Garam & gula secukupnya.
Baca juga :  Resepi Ketam Masak Lemak bersama Nanas. Pasti terangkat rasanya beb! Cubalah.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumbat sehingga lumat bahan-baham yang bertanda *. Kemudian, masukkan ke dalam periuk bersama santan.
  2. Masakkan seketika sehingga mendidih kemudian baru masukkan sayur-sayuran.
  3. Masak lagi seketika, Seimbangkan rasanya dan boleh tutup api dan dah siap.

kalau makan bersama ikan goreng atau ikan masin atau ikan pekasam memang padu!  Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.